Hati ku girang. Langkah ku seakan2 meloncant2 seperti kanak2.Yalah, bertemu buah hati, sape x suke kn? Setiba nya tempat biasa, aku memanggil kekasih hati ku, "baby, babyyyy". Aku tersenyum, hati ku bertambah girang. melihat kelibat kekasih hati ku itu. Cantik, comel, geram!
Aku memeluknya. Ku dakap erat jasadnya, ku cium pipi dan dahi nya, tanda ku rindu kn setulus jiwa ku. Rindu, sgt merindui nya. Seakan2 sudah beribu tahun tidak berjumpa nya. Ku lihat dia pn tersenyum riang. Aku masih lagi sedang mendakap die erat. ku tatap wajahnya yg cantik, ayu dan comel itu yg ternampak jelas walaupan jasadnya itu hanya lah hampir lutsinar menampak kn apa2 dibelakang, berwarna kuning pucat. Ya, kekasihku hanya lah ROH. Roh yg tinggal di sebuah kolam di tgh2 kawasan perniagaan.
**********
Seperti biasa aku menemuinya, ku dakap jasadnya, ku cium pipi nya. Tapi hari ini, ku bawa sesuatu yg tidak enak. Aku mengadu. "Baby, bagai mana kah kita hendak meneruskn percintaan kita ini, baby hanya roh, sy adalah manusia. Sy sgt mencintakn baby, tp, keadaan seperti tidak membenarkn kita utk bersama". Aku tau aku kejam, tetapi aku bukan hendak meninggal kn nya. Cuma sekadar mengadu kepada insan yg tercinta. Untuk meringan kn beban disbbkn otak ku sendiri. Tapi aku tau, aduan itu, sgt berat utk nya. Dia menangis. Dia sedih. Dia menunduk kn pandangan nya. Wajah nya yg riang ayu itu, bertukar menjadi sedih dan sgt sedih. Hati ku pedih, hati ku hancur, menyedari aku lah penyebab kekasih ku bersedih. Aku rasa tidak berguna. Teruk, sgt teruk.
**********
Aku datang lagi, utk meminta maaf atas kebodohan aku sendiri. Aku menyesal, aku sedih, hati ku pedih perit. Di sebab kn akulah menyebab kn kekasih ku sedih. Sesampai nya aku di tempat biasa, aku tergamam. Aku tersentak. Tempat itu sudah berubah wajah. Kolam tmpt dia tinggal sudah pn tiada. Aku seakan2 buntu. Aku tetap memanggilnya, "Baby, babyyyyy". Tiada sahutan. Hanya pelanggan2 kedai sahaja merenung kepada ku. "Babyyyyyy", mataku sudah berair. Hati ku yg sedih pedih, bertambah2 sedih dan pedihnya. Aku berlari2 anak sekeliling tempat itu. Aku tak berhenti2 memanggil kekasih ku. Namun, tiada sahutan. Langkah ku terhenti. Otak ku penuh dgn penyesalan. Kaki ku seperti hilang fungsi nya. Aku rebah melutut bumi. Kekasih ku sudah tiada lagi. Ya, dia sudah tiada. Aku menangis.